Post Info TOPIC: Tahukah anda??
Ieda

Date:
Tahukah anda??
Permalink   


Assalamualaikum..Tahukah saudara?

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,
beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas
gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air
matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap  sungguh air
ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka
burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada
Allah. Ini  membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya
Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya
aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari
air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

*         Dalam sehari ada 24 jam.?

*         Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.

*         Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara
semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas
itu keluar dan masuk ?



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

*         Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

*         Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

*         Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di
dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di
dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy
ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit
dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima
orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."



Simpanlah baik2 email ini dan sebagai peringatan kitasetiap hari.
Sampaikan kepada sekelian Muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insyaallah .


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard